Tuesday, June 24, 2014

After a while... ^.^

Bismillah,


Hello my blog yang dah bersawang tahap kumpul2 boleh jadi sebesar bola sepak dah ni.. sorry lah yea cik blog yang dibiarkan sepi tanpa dikunjung.. iera busy la lately ni.. banyak benda nak kena buat plus study pun masih tunggang langgang lagi..


Actually, tak de benda pun nak kongsi.. tapi since rasa ter-rajin lebih nak menaip ni, iera pun bukak la blog ni.. About my life now, yeah! macam biasa.. masih cuba menerima hakikat yang diri ini adalah seorang budak medic yang tahap kerajinannya berada di tahap yang paling bawah.. bila nak berubah jadi lebih rajin tu tak tahu la bila hendaknya..


Sekarang iera tengah mengerah segala tenaga yang ada untuk habiskan posting terakhir iera untuk tahun ketiga ni.. orang cakap posting ni yang paling tough selain daripada posting medicine.. and dengar cerita posting ni la yang paling banyak orang FAIL!!!! aigooooo... -.-'' posting yang doctornya semua hebat and sangat awesome which is Surgery.. rasa macam nak pitam je setiap kali bila doctor tanya pasal anatomy, pathology, pharmacology and microbiology.. dalam banyak-banyak posting, posting ni la yang iera dengan kawan2 nak kena godek2 balik memories kami pasal benda yang kami dah belajar masa year 1 and year 2..


By the way, alhamdulillah iera pass 2 posting sebelum ni (pediatric and medicine).. syukur sangat kat Allah..


Love story? NOOOOOOOooooooo.... for the time being.. masih dihantui kenangan lama lagi dan masih mencuba untuk melupakan insan yang telah abadi di sana... masih mencari kekuatan untuk mencari insan lain yang diriku layak untuknya... tapi, kadang2 ada jugak la gedik2 usha sana sini.. tapi sekadar mencuci mata yang dah lama tak bercuci ni.. heeeee...


Tu je la yang iera nak merepek setakat ni.. jumpa lagi nanti cik blog.. <3

Friday, April 4, 2014

Hilangnya tempat bergantung...

Apa akan kita rasa kalau tiba-tiba, orang yang kita sentiasa jadikan sandaran untuk meneruskan hidup pergi bertemu Illahi lebih awal daripada kita..

Siapa sangka, dalam kita bergelak sakan dengan teman-teman pada siang hari, kita dikejutkan dengan berita kehilangan insan yang tersayang pada malam hari... Siapa sangka, apabila kita gembira bercakap telefon dengan orang tersebut pada siang hari, tiba-tiba pada malamnya kita kehilangan orang itu...


"Mati itu pasti.. Allah lebih sayangkan dia... kita yang masih hidup ini perlulah meneruskan hidup"
Ya, memang perkara itu mudah unutk diungkapkan.. bahkan cukup mudah bagi mereka yang tidak pernah kehilangan insan yang tersayang..


Tapi, bagi insan yang menghadapi kehilangan itu sendiri.. Bagaimana? Cukup kuatkah untuk menerima kenyataan..? Cukup kuatkah untuk tidak menitiskan air mata kesedihan..? Cukup kuatkah untuk menjadi setabah itu..?


Bukan mudah kehilangan insan yang sentiasa ada bersama semasa kita susah dan senang.. Tak senang kehilangan insan yang telah bertungkus lumus berkorban untuk diri kita.. Payah juga kehilangan insan yang sentiasa sudi meminjamkan bahunya pada kita saat kita jatuh dan rebah...


Buat rakanku sayang, inalillah.. perginya ayahmu menghadap illahi sudah.. pergi yang tiada kembalinya.. kuatlah sahabatku.. tabahlah sayangku.. sedekahkanlah al-fatihah buat ayahmu setiap kali dikau teringat padanya.. Al-FATIHAH...



Wednesday, February 12, 2014

Hard work and sincerity ~~~

Bukan mudah nak habiskan tiga tahun ini, bukan mudah nak tahan perit dan sakit perjalanan ini, bukan mudah nak tetap teguh walaupun dimarah kiri kanan...


Hari ini adalah hari yang paling menguji diri aku sepanjang 18 minggu aku praktikal.. Kerja keras dan keikhlasan aku menuntut ilmu dalam bidang ini benar-benar diuji.. Sampaikan aku terfikir untuk angkat bendera putih.. Tapi aku tahu, itu tak mungkin akan berlaku..


Aku terfikir... Adakah aku layak untuk bidang ini? Adakah aku cukup bekerja keras seperti orang lain? Adakah aku cukup ikhlas dalam proses pembelajaran aku ini? 


Betul apa yang orang cakap sebelum ini, keikhlasan sangat la penting kalau nak jadi doktor sebab perjalan yang kita pilih ini bukan mudah.. Penat, letih, , malas.. Semua hasutan negative akan wujud dalam diri bila tak ada keikhlasan dalam hati ini..
 
Tapi aku tahu, aku perlu kuat untuk menghabiskannya.. dan aku yakin aku mampu lakukannya! 

Saturday, January 4, 2014

Hello 2014!

Assalamualaikum,


Happy new year!!! (still rasa nak wish walaupun dah terlambat 4 hari.. hahaha)
Tahun 2013 dah melabuhkan tirai.. sekarang its time to make new memories for 2014..


Banyak kenangan yang tak boleh nak dilupakan sepanjang tahun 2013.. Tahun dimana aku berjaya habiskan tahun kedua dalam bidang kedoktoran, aku mulakan hidup baru as a practical student di HTAR, aku berjaya hasibkan paediatric posting dekat hospital (walaupun still tak tahu aku pass ke fail ke..), orang yang aku pernah sayang telah kembali kerahmatullah dan banyak lagi la kalau aku nak list satu2..


Untuk tahun 2014 ni, aku tak ada specific azam.. Macam sesetengah orang berazam nak kahwin la, nak bertunang la, nak cari pakwe baru la.. Cuma, apa yang aku harapkan ialah, tahun 2014 ni menjadi tahun yang lebih baik untuk aku berbanding tahun-tahun yang sebelum ini.. Aku mengharapkan aku boleh berubah menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik... In sya Allah


Okey, aku dah tak tahu nak tulis apa sebenarnya,, just nak tunjuk sikit la gambar2 kenangan aku sepanjang tahun 2013.. orang lain dok bubuh flipgram dalam instagram..tapi aku segan nak buat, so aku letak gambo2 kat sini je la yea..^_^




End of year 2, baru habis exam.. Muka lega + happy gila! 



Yang ni masa dekat perkampungan orang asli, Kg. Tohor.. Ada buat aktiviti melawat sambil bagi bantuan kesihatan sikit.. Kami tolong ajar budak2 cara jaga kebersihan dan buat pemeriksaan kesihatan untuk orang dewasa.. This is the first time aku interact dengan orang luar pasal bidang medicine ni.. Sebelum pergi sana, kami singgah kat satu tempat ni, on the way nak masuk ke kawasan perkampungan tu..Sempat la buat aktiviti jungle trekking and main jeram sungai.. BEST sangat!!!



Pictures during raya puasa.. Happy moments with le familia... 



Salak denai meninggalkan seribu satu kenangan dan ukhwah yang baru dibina.. walaupun pergi sana dengan orang yang baru first time jumpa plus lebih tua daripada aku, tapi aku still enjoy... ^_^



Ynag ni pulak, aku join aktiviti masa office mak cik aku buat open day.. A memorable day for me...



This time is the best moment in my life.. Iftar with kengkawan daripada sekolah menengah aku dulu.. Jumpa dan sembang sampai penat... Ramai pulak tu yang join.. Happy sangat..!




Mandi sungai di Sungai Tekala setelah penat menawan Bukit Broga.. Dengan coursemate...



Ni sesaja nak letak gamba aunty ni.. She is one of my friends.. Aku tak de la sentiasa melekat dengan makcik ni... Tapi aku sayang dia sangat-sangat.. Kawan yang sentiasa ada saat aku susah dan senang.. Semoga persahabatan ini akan kekal selamanya my pwennnn... hahaha


Banyak lagi kenangan yang terpahat dalam ingatan.. tapi rasa memang tak mampu nak di tulis kat sini.. sequence ingatan pun tak berapa nak ingat, tu yang main letak je gamba tak ikut urutan... Apapun, aku bersyukur kerana dikurniakan kehidupan yang menggembirakan disamping keluarga dan rakan-rakan terchentaaaaa.... >.<

Sunday, December 15, 2013

Al-fatihah buat si dia..

Assalamualaikum,,


Setiap yang datang, pasti akan pergi.. Setiap yang hidup pasti akan mati...


Inalillah,, hari ini, 16 Disember 2013.. Seseorang yang sangat penting dalam hidupku telah kembali ke rahmatullah.. Macam yang pernah aku ceritakan sebelum ini, insan ini  dilanggar lari masa tengah menunggang motosikal.. Aku tak mahu menangis.. Aku tak mahu bersedih,, Tapi aku betul2 tak mampu..


Walaupun hubungan kami hanya di anggap sebagai 'cinta monyet' zaman persekolahan yang putus di tengah jalan, tapi aku sayang dia.. Dia ada tempat yang tersendiri di hati ini..


Banyak sangat kenangan yang aku kongsi dengan dia sewaktu zaman 'cinta monyet' kami.. Walaupun tak sama dengan kisah loving2 orang lain.. Tapi aku happy sangat masa tu.. Aku rasa masa itu lah yang paling aku happy sepanjang berada di sekolah.. Dia sentiasa beri aku semangat untuk terus menuntut ilmu dan buktikan yang aku masih mampu mendapat keputusan yang cemerlang walaupun sedang ber'cinta monyet'... Terima kasih A****


UNTUK A**** :

"A****, terima kasih sangat sebab awak pernah muncul dalam hidup saya.. Terima kasih sangat sebab tinggalkan kenangan yang cukup manis kepada saya.. Terima kasih sangat sebab sentiasa buat saya senyum dan sentiasa bersemangat nak ke sekolah.. Semoga roh awak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan semoga roh awak dicucuri rahmat-Nya.. A****, saya sayang awak dan saya akan terus sayang awak.. Awak lah kawan yang akan saya ingat sampai bila2 walaupun awak dah tinggalkan bumi ini.. Terima kasih sekali lagi untuk segala kenangan kita"


Sunday, December 8, 2013

Pray for him..

Assalamualaikum..

He was someone that i knew since i was in secondary school.. Someone that was so important to me.. Someone that always made me smile.. Someone that can also make me cry in the same time.. Someone that made my secondary school's memory so meaningful.. Someone that i liked before.. Someone that i used to be together before..


But know, i am  a friend of him.. Masih dan in sya allah akan jadi kawan dia sampai bila-bila.. Walaupun kami dah tak berhubung, tapi aku masih anggap dia macam kawan aku.. Walaupun sudah ada insan lain yang menemaninya di sisi, aku masih  sayangkan dia macam aku sayang rakan-rakan aku yang lain...

All of a sudden, aku dengar cerita dia ada dalam ICU sebab accident malam semalam.. And he is in a very critical condition.. He is in coma state.. Ada bleeding dekat kepala dia dan mungkin merosakkan neuron dia.. Dia kena langgar lari masa tengah naik motor and the one who knocked him down was driving a car.. Plus the worst part is,  parent dia still cannot reach the hospital yet since the flight ticket was fully booked..

Aku tak mampu nak cakap apa-apa.. Aku mengharapkan dia dapat pulih daripada fasa kritikal dan cepat recover.. Aku tak mampu nak pergi sana untuk melawat dia.. Apa yang aku mampu buat hanya lah berdoa dan minta Allah kurangkan beban dugaan dia..


"Ya Allah, aku mohon padamu ya Allah.. Kau permudahkan lah urusan dia.. Kau sembuhkan lah dia.. Kau ringankan la beban yang di tanggung olehnya.. Kau kuatkan lah dia.. Jika dengan mengambil nyawanya akan mengurangkan beban kesakitannya, kau ambil lah nyawanya dengan mudah.. Jangan lah kau panjangkan tempoh kesakitan dia.. Tapi andai kata dia masih boleh untuk menetap di atas muka bumi ini, kau sembuhkanlah dia.. Kau berikanlah jalan dan kekuatan untuk ahli keluarganya dalam menghadapi dugaan ini.. Bantulah mereka ya Allah, ya Rahman ya Rahim..."

A****, cepat sembuh yea.. aku doakan kau cepat sembuh...

Sincerely,
Your friend...

Saturday, November 30, 2013

Happy engaged!!!

Assalamualaikum and hello peeps!


First of all nak cakap congratulations to my aunty (mak su) and also my best friend.. dah bertunang dah dua insan yang terdekat dengan aku ni.. aku ni bila la pulak kan? Calon pon tak de lagi.. terhengin nak bertunang konon.. deiii, pegi dah!!


Both of them getting engaged on the same date which was on 23rd November 2013.. So, aku hanya mampu menghadirkan diri untuk majlis mak su aku je la.. terpaksa lah aku korbankan majlis pertunangan kawan baik aku sendiri.. Tapi tak pe, aku akan pastikan aku hadir untuk majlis perkahwinan kawan baik aku yang sorang ni.. Dah siap janji itu ini lagi dengan dia.. Wajiblah kan aku pergi.. >.<


Sebenarnya, aku ni tak de niat pun nak balik sempena majlis pertunangan maksu aku.. Aku ni mana lah ada cuti.. Sedangkan lepas exam pun takde cuti, tak kan lah universiti aku nak bagi cuti bersempena majlis pertunangan free2 je kan kat aku... Apa kau ingat kau ni anak  menteri ke hape dak iera oii??  Tapi, nak dijadikan cerita, group mentor mentee aku ada buat program untuk melawat orang kurang upaya on the same date.. Kehadiran untuk program tu pulak sebenarnya wajib.. Tapi aku malas nak pergi since aku kurang gemar orang yang mengikuti program ni, so i made up my decision to go back and ignored the program.. So, aku jadikan engagement ni sebagai alasan.. (astaghfirullah,, insaflah kamu wahai budak!)


The day before engagement (jumaat) , aku sampai dekat kampung around 9 o'clock.. Ingatkan sampai malam tu boleh lah aku terus krohhh.. Tapi boleh pulak maksu aku plus maklang dan makchik aku ajak ubah tempat pelamin ke tempat yang lebih bagus pencahayaannya.. Aku blur sebentar.. Weyh!! besok dah nak tunang malam tu sempat lagi korang nak ubah2 pelamin..?? Aku yang masih kecil dan bajet macam anak sedara yang solehah ni mula la angkut pelamin tu ke sana sini.. Nasib baik ada lagi sepupu sepapat aku yang gagah perkasa boleh tolong.. Kalau tak patah riuk badan aku..


On the day of engagement pulak, aku dah dilantik sebagai tukang pencedok lauk secara rasmi oleh ayah aku sendiri.. Makanya, bermula lah episod hidupku sebagai seorang pencedok lauk baik pada orang yang datang untuk tahlil (pagi kami buat tahlil dulu untuk majlis pertunangan dan arwah tok aku) dan juga pihak lelaki si tunangan maksu aku ni yang datang pada waktu tengah hari..


Hari pertunangan tu memang sibuk sangat,, penat tu tak payah cakap la.. TAK TERKATA PENAT nya!!! Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. Tarikh nikah maksu aku ni dah ditetapkan setahun dari sekarang yakni 22 November 2014 so that persiapan yang rapi dapat dibuat..


Owh, pasal my best friend tu, dia kan kahwin dalam tempoh dua tahun since dia pun masih belajar dan dia nak fokus pada pelajaran dulu buat masa ni.. Walaupun aku tak dapat nak pergi majlis dia, tapi aku happy sebab dia hantar gambar untuk tatapan aku.. But, the best part was when I ask her about her fiance's picture, dia cakap "Tak ada gambar, simpan dalam hati je"  OMG, masa tu aku nak pengsan je sebab sweet sangat and FYI, hubungan ini adalah hubungan yang diaturkan oleh keluarga and she is happy with it.. So both of you, semoga perhubungan dan ikatan yang terjalin ini akan kekal ke jinjang pelamin dan in sya allah sampai ke syurga dengan redha Allah.. ^_^


Ni la pelamin yang diangkut ke sana kemari oleh me and the geng..