Thursday, October 10, 2013

The first posting

Assalamualaikum...

Next week Iera akan memulakan phase baru dalam hidup Iera yang mana Iera akan start masuk clinical year.. GERUNNYA!!! Its a bit late from date yang Iera penah cakap sebelum ni sebab ada masalah2 yang tak dapat dielakkan oleh pihak university sikit.. 

This whole week Iera dah menjalani minggu orientasi.. Dalam minggu orientasi ni, Iera dan kawan-kawan dah di perkenalkan dengan posting2 yang bakal kami hadapi untuk tahun ketiga ni which are paediatrics, medicine, surgery and also Obstetric & Gynaecology.. Kena habiskan setiap posting dalam masa 11 minggu.. Actually, sepatutnya ada 6 posting, tapi dah ditukar kepada 4 major posting.. dua posting lagi akan dibuat tahun depan...

For the first posting yang Iera kena buat adalah ----> Paediatric... huaaaaa.. takutnya!!! Its not easy to deal with kids okay.. plus Iera ni tak pandai sangat nak berlemah lembut dengan budak-budak walaupun Iera boleh dikatakan suka jugak la dengan budak2.. Before this, I thought working with kids is much more easier rather than working with adults yang selalunya banyak kerenah.. tapi TAKKKKK sebenarnya!! Budak-budak bukan senang nak bagi kerjasama pada someone yang tak dikenali.. 

Dan yang paling menakutkan ialah, we need to examine the kids during the clinical exam without making the kids cry.. kalau that kid nangis, maka tamatlah riwayat posting itu... And we need to pass the clinical exam in order to pass the posting.. tak kira la kalau markah theory tu setinggi-tinggi 100% pun.. once clinical exam fail, that means FAIL! 

Walaupun sekarang rasa macam nak terjun dalam sungai je sebab pilih bidang ni, tapi Iera akan cuba sebaik mungkin untuk pass semua posting tanpa perlu repeat mana-man posting pun.. I will give my very best and be the best.. Iera akan berusaha untuk menjadi seorang doktor yang baik dan cemerlang agar Iera boleh berbakti kepada masayarakat, bangsa, negara dan yang paling penting pada agama Iera.. May everything will run smoothly and may Allah bless my journey to become a good doctor.. In sya Allah..  ^_^

Wednesday, October 2, 2013

Baseball + Trick Art Museum

Assalamualaikum...

Dalam cerita korea, selalunya mesti ada part yang mana pelakon-pelakonnya lepaskan tension dengan cara bersukan.. ada yang berlari, berenang, naik kuda dan macam-macam lagi lah.. Tapi, perasan tak yang kebanyakan cara dia orang lepaskan tension adalah dengan main baseball.. 

Nak dijadikan cerita, semalam Iera dengan housemate Iera dah bosan sangat duduk kat rumah.. Asyik tidur je tanpa buat apa-apa.. So, malam yang sebelumnya kami google la tempat yang boleh kami pergi jalan-jalan area Shah Alam dengan Kuala Lumpur ni.. Cari punya cari, kami dapat la idea nak pergi main baseball.. Mula la diri ni nak berangan ala-ala artis korea gitu..

Tempat main baseball ni terletak di Upper Rooftop 1 Utama.. Kalau nak pergi sana sila la naik lif yang dekat dengan parkson.. jangan la jadi macam kami yang terpusing-pusing cari sebab bukan semua lif yang ada kat 1 Utama tu boleh excess ke Upper Rooftop.. harga nak main baseball ni sangat la berpatutan.. satu token RM5 for 15 strikes.. kalau hari Rabu murah sikit.. RM3 satu token.. Orang tak de la ramai sangat kat sana.. Jadi tak de la rasa malu2.. Kalau nak malu pon dengan orang yang ajar tu je la... tapi nak kisah apa, kita bukan pemain professional pon.. so tak kisah la kalau pukul angin lagi banyak daripada pukul bola.. >.<



Pintu masuk tempat main baseball.. It's a Hit!




Nampak tak gaya-gaya semangat nak pukul bola??



Dah penat pukul angin...


Lepas dah penat-penat main.. kami ingat nak sambung shopping je.. tapi disebabkan kami ni tak reti nak shopping tempat yang kami tak biasa, so kami ambil keputusan untuk balik je.. On the way back, Iera rasa awal sangat lagi kalau terus balik rumah.. ye la, kalau balik pun tak buat apa-apa kan.. So, Iera ajak la housemate Iera ni pergi TRICK Art Museum yang berada di ICT,  Seksyen 7, Shah Alam.. 

Mula-mula ingatkan gambar yang ada dalam museum ni sikit je.. tapi, tanggapan Iera salah sama sekali.. Banyak jugak gambar dalam ni sampai dah tak larat nak berposing sakan depan kamera dengan gaya-gaya yang maha pelik.. Museum ni sama je konsep dengan musem yang pelakon korea Park Shin Hye dengan Young Hwa pergi dalam cerita Heartstrings tu..(korea lagi~~~)  Harga nak masuk museum ni ialah RM10 setiap orang.. Iera syorkan korang semua pergi! Best musem ni!!!







 


Semua gambar yang ada kat museum ni real.. Tak rugi kalau pergi.. ^_^