Saturday, September 28, 2013

Perempuan VS Kereta

Girls talking about cars???? Hurm, maybe hanya akan berlaku pada 1/10 orang gurls sahaja.. Perempuan ini kan lebih bersemangat kalau nak cakap pasal shopping, pasal holiday, dan jugak pasal gosips.. Kalau nak cakap pasal kereta, memang tak lah kan..


Kalau tayar pancit? .. dah mula nak garu kepala.. start la telefon sana sini minta tolong.. Kalau kereta rosak? Lagi la malas nak fikir kan.. Lagi banyak benda nak kena fikir selain daripada nak fikir punca kereta tu rosak.. yang jadi mangsa nak kena tolong? opkos la makhluk ciptaan Allah yang dikurniakan kekuatan dan kelebihan maskular-maskular di badan yakni encik lelaki...


Tapi kan, bagi Iera la kan.. kita yg gegirl ni kena la tahu serba sikit pasal hal kereta ni.. buatnya kalau kereta kita rosak tengah jalan dan pada masa tu hanya kita je yang ada.. hah???!!! camne tu?? Memang orang cakap boleh je tahan kereta lain dan minta tolong..Memang betul!! Tapikan, itu pun kalau yang sudi tolong tu punyai hati yang semulia-mulianya.. Buatnya kita tersalah tahan dan tertahan kereta yang mengandungi manusia yang bertopengkan syaitonnirrojim...Kita ni dah la perempuan (fikir la sendiri apa yg akan jadi..Iera tak sanggup nak cakap lebih2).. acane tu??? Bukan Iera nak buruk sangka, tapi kita ni kena la berhati-hati.. Betul tak???


At least, Iera syorkan all the gurls ni tahu cara nak tukar tayar kereta kalau tetiba tayar pancit.. Bukan susah mana pun.. Iera ni tak de la nak dikatakan pandai sangat.. Iera pun baru setahun jagung bawa kereta.. Tapi ayah Iera tekankan sangat bab ni.. Dia yang ajar Iera.. Dia takut sangat kalau Iera terminta tolong pada orang yang salah andai kata kereta Iera pancit tengah jalan.. Dia kata, kalau boleh buat la sendiri.. lagi selamat..


Lagi satu benda yang Iera belajar.. Apa tindakan yang perlu buat kalau temperature kereta naik..?  Benda ini akan jadi especially kalau musim panas + jam.. Masa tu kalau kita biar je dan tak buat apa2, kereta akan overheat yang akan menyebabkan kereta berhenti tengah-tengah jalan.. Kawan Iera penah kena.. Dia cakap kereta dia overheat sampai gasket bengkok or pecah gitu..Dekat 4-5 hari jugak la kereta dia bermalam dalam bengkel.. Jadi apa yang kita kena buat sebenarnya?? Kalau nampak tempereture naik, just bagi signal ketepi, matikan enjin.. dan biar kereta sejuk.. In sya allah.. lepas tu ok la kereta tu.. Tapi, yang paling penting sekali.. jangan lupa nak monitor temperature kereta sentiasa yea.. untuk mengelakkan kereta overheat~~


Bab-bab yang lain2 tu.. Iera pon masih tengah belajar.. orang cakap slow2 la kan.. mana boleh belajar semua sekali dalam satu masa.. Semua ira belajar daripada ayah Iera sendiri.. Iera tanya la pasal kemungkinan yang boleh berlaku bila bawak kereta... Ini  semua adalah sebagai langkah berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling kita semakin bahaya dari masa ke semasa.. So, kita kenalah sediakan payung sebelum hujan...^_^


Tuesday, September 24, 2013

Packing up my things..

Assalamualaikum..

Hari ini Iera sibuk kemas barang..Habis bersepah tahap tongkang pecah dah bilik Iera ni..silap2 tongkang pecah lagi kemas daripada bilik ni.. kalau nak nampak katil pon susah! Apa lah yang nak jadi dengan anak dara sorang ni.. -.-'''

Esok Iera dah nak pulang ke shah alam untuk meneruskan perjuangan Iera sebagai seorang penuntut.. Iera balik awal sikit daripada tarikh yang ditetapkan.. kelas Iera sepatutnya mula minggu depan, tapi banyak lagi barang yang Iera nak kena beli.. so, Iera ambil keputusan nak balik awal since my friend pon dah setuju nak pegi kamal bookstore, KL sama-sama jumaat ni..

Minggu depan Iera akan memulakan new phase dalam hidup Iera yang mana I will become a 3rd year medical student (clinical dah kau!! scary je bunyi).. Dah dekat sebulan Iera dok berehat and beronggeng kat rumah ni.. dah naik berkarat kepala Iera ni.. nak pegang buku masa kat rumah+cuti tu memang tak la kan.. selama ni, Iera selalu je bersemangat nak bawa balik buku dengan azam nak baca bila cuti start.. tapi, hampeh!!! tak sentuh langsung.. buku tu elok je bersidai kat atas meja..heee


Hari isnin depan mula lah orientasi kt hospital.. NERVOUS weyh!!! sampaikan Iera termimpi-mimpi pasal clinical year ni..( dalam mimpi, semua senior cakap susah! Oh, god!!! help me!!) Tapi Iera masih tak tahu Iera akan ditempatkan kat hospital mana.. selalunya kalau universiti Iera, student clinical ditempatkan di hospital Sg. Buloh dan Klang.. tahun ni tak sure sebab classmate Iera lebih ramai tahun ni berbanding senior2..maybe tahun ni lagi banyak hospital yang kita orang akan dihantar..


Sekarang nervous tak habis lagi.. Iera cuak+takut.. Takut Iera gagal jalankan tanggungjwab Iera dengan baik.. Selama dua tahun ni Iera belajar teori je.. kalau praktical pon buat dekat benda yang tak hidup.. lepas ni nak kena buat dekat benda yang betul2 hidup yakni M.A.N.U.S.I.A  yang bernyawa.. silap je, boleh menyebabkan keadaan jadi makin serius atau kematian.. takut woo~~~ kadang-kadang Iera terfikir jugak.. macam mana la orang lain berjaya lalui semua ni sebelum jadi doktor..


Tapikan, takut atau nervous Iera yang tahap infinity ni, Iera masih kena terima yang Iera perlu dan mesti lalui semua perkara ni.. Iera sendiri yang dah pilih jalan untuk jadi seorang doktor.. Jadi, untuk menjadi seorang manusia yang berguna pada bangsa, agama dan negara, Iera kena yakin pada diri,  yang Iera mampu lakukan!!!  (Hal su isso!!*korean*)

Sunday, September 22, 2013

#IniAnwarHadi in the house~~

Assalamualaikum...

Hampa semua kenai dak Anwar Hadi??? Ala... yang Vlogger dan Blogger terkenal tu.. yang suka dok cakap sorang-sorang depan camera pastu upload kat youtube tu... kenai tak? kenai tak? Kalau kenai, bagus! Kalau tak kenal, cepat-cepat pi google atau bukak youtube cari siapa dia Anwar Hadi ni..


  Ini lah dia mamat yang Iera maksudkan, Anwar Hadi~~~~


Ni sebenarnya saja ja nak bagi tau, Iera minat sangat kat Anwar Hadi ni.. Mula-mula Iera pun tak kenal sapa dia ni.. Kawan Iera yang perkenalkan kat Iera.. Kawan Iera ni punya la semangat cerita kat Iera pasal sorang mamat ni yang boleh dikatakan agak crazy la yang rajin buat video then upload kat youtube (ya la, cakap sorg2 kan,, crazy la tu...hehehe) and video yang mamat ni buat are not just normal videos yang merapu-rapu.. the videos are about his opinion on issues that are happening around us.. macam pasal guna bhsa sms, penyalahgunaan hazard light kereta dan macam2 la.. At first, Iera buat tak peduli.. tapi bila kawan Iera keep on cakap pasal mamat ni, Iera pon cari la kat youtube..


First video yang Iera tengok kat youtube tajuknya '#6 EwwW'.. Dalam video ni, Anwar Hadi cakap pasal penggunaan ewww dalam percakapan.. especially dalam sms, ym, fb chat dan sebagainya la.. ramai orang yang merasakan penggunaan ewww ni sgt la 'comel' sebagai contoh "bajetnyewwwww" yg suppose to be "bajet nya la!".. But for him , sgt tak comel okey! (opinion dia la kan).. tapi tak pe la kalau nak guna..tak salah pon.. cuma dia tertanya-tanya kenapa????


Daripada video itulah, Iera mula minat dia and start download one by one video dia.. sometimes ada jugak la video dia yang memberi motivasi which I like very much since I'm also get motivated... Since that moment, Iera selalu mengharapkan yang Iera boleh bertemu empat mata dengan Anwar Hadi ni..sampai kadang2 Iera rasa jealous bila tengok orang lain yang dapat peluang jumpa dengan dia..(gila kan??) Iera mengharap dan terus mengharap sejak dari hari tu..


Harapan dan impian Iera tu tak pernah putus, sampailah hari ni.. Akhirnya impian Iera dimakbulkan.. Iera berpeluang jumpa empat mata dengan Anwar Hadi di USM, Penang bersempena hari konvokesyen USM 2013 (ConvEx13).. dia dijemput untuk bagi talk pasal "Bagaimana menerapkan nilai kesukarelawanan dalam kalangan belia"..



                        Sesi Bual Bicara hari ni...


Part yang paling best, Iera dapat bergambar dengan Anwar Hadi dalam khemah urusetia (kalau org lain kena ambil gamba ramai2 sebab ada had masa since ada lagi aktiviti lain lepas tu) dan jugak duduk depan sekali yang mana seat tu hanyalah untuk urusetia.. ni semua jasa anak-anak kawan mak Iera sebab both of them adalah urusetia.. Iera happy sangat!!Masa jumpa Anwar Hadi dalam khemah tu, cuma ada Iera, anak kawan mak Iera and Anwar Hadi.. memang ada peluang la nak cakap ngn Anwar Hadi, tapi seriously, Iera kelu untuk berbicara.. hahaha..

Anyway, thanx again untuk anak2 kawan mak Iera sebab beri layanan yang superb yang orang lain tak dapat dan yang paling penting, terima kasih Allah sebab makbulkan impian dan permintaan Iera.. sebab Allah yang dah menetapkan Iera akan jumpa Anwar Hadi hari ni, maka Iera dapat la jumpa dia.. Thank you so much Allah..

Buat yang tak pernah tengok video Anwar Hadi lagi, pi la cepat2 tengok..pasti tak menyesal.. ^_^


Thursday, September 19, 2013

Salak Denai, Yan, Kedah

Assalamualaikum..

Hari ni Iera nak kongsi sikit pasal percutian Iera dekat Salak Denai, Yan, Kedah.. Sebelum ni Iera tak ada la rancang pun nak pergi mana-mana masa holiday ni.. tapi tiba-tiba makcik Iera ajak Iera teman dia perpicnic dengan kawan-kawan dia pulak.. so, Iera yang memang penganggur kehormat masa cuti ni dengan sebesar hati la cakap okeyh!!!

Macam mana nak pergi Salak Denai ni?? Kalau datang dari lebuhraya utara-selatan, ambil exit Gurun.. lebih dekat, cepat dan mudah sampai kalau berbanding jalan lain sebab boleh je kalau nak pergi sana dari exit Sg. Petani(U)..Tapi jalan dia sangat lah susah dan lebih lambat.. Bila dah masuk kawasan Yan, cari signboard yang menuju ke arah Batu Hampar.. exact lokasi Salak Denai ni ialah Jalan Peranginan Batu Hampar.. Tempat ni lebih kurang je macam jalan ke Titi Hayun.. Cuma, dekat satu simpang empat ni, Titi Hayun jalan terus, Salak Denai pulak belok kanan... Cuma nak bagi pesanan sikit ni, untuk sesiapa yang baru beli kereta atau jenis yang sayang kereta sangat-sangat tu, bersiaplah sedia lah mental anda yea.. kereta anda mungkin akan calar sini sana sebab jalan nak ke Salak Denai ni sempit dan berhutan..

Salak Denai ni sangat awesome sebab berkonsepkan kehijauan.. Kita akan rasa tenang dan damai je kat sana..kalau nak lari dari hiruk-pikuk kota dan nak relax-relax sikit tempat ni sangat sesuai lah! Bagi yang nature lover, you must go there!!! Yang paling best kat Salak Denai ni , setiap chalet disediakan kolam renang buatan yang menyalurkan air terus dari bukit..memang sejuk and non-chlorine..  Plus, privacy setiap chalet sangatlah terjamin.. so, kalau nak buat kuak lentang ke, kuak kupu-kupu ke, silakan tanpa rasa malu-malu dengan orang lain.. (psssttt..kalau honeymoon kat sini, mesti romantika habislah..hehehe)

Kat sana, kami diberi chalet yang bernama Siti Aminah.. Chalet tersebut dilengkapi dengan sebuah katil, sebuah TV, dua bilik mandi dan kolam renang yang ada gelongsor.. Part main gelongsor tu la yang best..mula2 semua takut nak naik..last2 tak nak berhenti pulak main gelongsor..dah macam kanak-kanak ribena pulak... memang heaven on earth la kan~~~ Termasuk Iera, 11 orang dewasa dan 1 orang kanak-kanak yang pergi.. chalet Siti Aminah ni memang dikira kondusif untuk kami.. Kami check in pukul 11.00AM sampailah pukul 6.00PM dengan harga RM60... Ada beberapa lagi chalet yang disediakan kat sana, dan harga setiap chalet bergantung kepada keluasan dan kemudahan yang disediakan dalam setiap chalet..


 Kalau nak pergi sana, kenalah booking terlebih dahulu sebab tempat tu selalu penuh especially masa musim cuti sekolah.. Kalau nak booking, bolehlah google je Salak Denai Chalet, nanti keluarlah info pasal tempat tu..

Secara keseluruhannya, percutian yang tak dirancang ini sangat lah superb.. walaupun Iera tak kenal dan tak pernah jumpa pun kawan-kawan makcik Iera sebelum ni, tapi Iera still boleh enjoy.. Salak Denai chalet ni memang sesuai untukjadi tempat rekreasi bagi keluarga mahupun sahabat handai,,, JOM RAMAI-RAMAI PERGI SALAK DENAI...^_^



          
                                                                               
                            SALAK DENAI CHALET...


Chalet yang Iera sewa, Siti Aminah...



chalet yang dilengkapi dengan tempat BBQ


                               kolam renang buatan..


gelongsor yang melengkapi kolam renang buatan..




seronok main air sampai rasa tak nak balik dah.. 




AWESOME holiday!!! semoga ukhwah yang terjalin sentiasa berkekalan...

Monday, September 16, 2013

KELIRU~~~

This is why i called it tintasigadiskeliru...

Ya, Iera tengah keliru sekarang ni~~~ Tapi kenapa?

My ambition? To become a great and awesome doctor (an orthopedist).. A future muslimah doctor..Itu memang impian Iera sejak kecil. Nak tolong orang yang dalam kesusahan, bantu insan yang hadapi kesakitan, menggembirakan hati orang yang kesedihan.. Dari kecik sampai sekarang, impian nak jadi doctor tu tak pernah padam walaupun yang nak di specialist kan selalu berubah-ubah.. psychiatry, orthopedic, O&G, ENT.. banyak lagi la.. tapi masih tetap teguh dalam bidang kedoktoran..

Tapi kenapa Iera cakap Iera keliru? Sebabnya?

Iera dilahirkan sebagai seorang perempuan yang kasar.. perempuan yang tak pandai nak duduk bersimpuh lama-lama, perempuan yang kalau bercakap sentiasa menggunakan oktaf yang tinggi, perempuan yang mempunyai perangai yang pelik dan tak tahu malu (bukan tak malu sebab dedah aurat sana sini yea, cuma dilabel sebagai perempuan yang punyai perangai super duper gila), perempuan yang tak pandai nak berlembut-lembut dan perempaun yang suka bertukang. But i'm still a GIRL ok!

Orang yang berada di sekitar Iera selalu cakap yang Iera ni lebih layak ambil bidang engineering (including my parent).. Sebab? Iera KASAR macam lelaki. Dia orang tak pernah sangka yang Iera akan ambil bidang kedoktoran. Doktor kan kena lembut dan sopan je..Tapi Iera bukan orang yang macam tu.. Dia orang nampak yang Iera lebih ke arah engineering. Sebabnya? Kalau bab nak main dengan hammer, screwdriver, spanner just give it to me.. Iera mengaku, Iera memang minat benda tu jugak.. Tapi, Iera cuma suka bertukang masa free je.. Just tolong ayah sikit2 boleh la.. Iera bukan pandai sangat bab2 ni pon.

Masa waktu nak ambil scholarship dulu pon, Iera keliru either to choose to become a doctor or an engineer.. Masa tu rasa macam nak go for engineer, tapi tangan dan hati lebih kepada nak menjadi doktor.. Adakah Iera dah tersalah pilih? Even masa kat sekolah menengah dulu pon, subjek chemistry and fizik Iera selalu dapat markah rendah berbanding biologi.. Mungkin ini juga salah satu sebab why i choose to be a doctor..

Iera takut Iera dah tersalah pilih. Dan sekarang, Iera tak punyai peluang untuk berpatah balik. Iera bukan orang senang yang dengan mudah boleh drop my study and go for another field. Iera jugak tak mampu nak bayar balik pinjaman MARA yang Iera dah gunakan. Iera sekarang dah tahun kedua bidang kedoktoran. Banyak duit yang Iera dah pakai since Iera ditempatkan di IPTS. Lagipun, kalau nak belajar bidang baru, still kena pakai duit kan. Mana Iera nak cari duit? Iera sangat2 tak mampu. T.T

Sebelum ni, Iera ada rujuk seorang pakar motivasi yang juga merupakan wife kepada dean fakulti Iera. Dia jugak seorang doktor pakar. Iera cerita masalah Iera kat dia. Dan dia suruh Iera teruskan perjuangan Iera ini. Dia cakap yang Iera dah sampai tahap ini, takkan nak berpatah balik? Iera dah tahun kedua bidang kedoktoran and Alhamdulillah Iera lulus semua ujian Iera masa tahun 1 dan tahun 2 and sekarang Iera bakal jejak sem clinical dalam tempoh dua minggu lagi. Dia cakap yang Iera dah lepas beberapa tahap, dan perlu menghadapi yang selebihnya lagi. Sikit je lagi katanya. Masa tu dia yang naikkan balik semangat Iera untuk teruskan perjuangan Iera.

Tapi sekarang ni, i become confused again, sebabnya ada seorang kawan makcik Iera ni yang Iera jumpa kat open day office makcik Iera, dia cakap "I want her to be my engineer" masa nampak Iera main game kat sana. Dia cakap Iera agresif and dia suka! Aigooo~~ Even orang yang Iera tak kenal dan baru jumpa first time pon dah nak Iera kerja dengan dia.. sebagai engineer pulak tu.. -.-""

Tapi, yang pasti Iera memang tak mampu nak berpatah balik dan Iera tak nak menghancurkan impian ibubapa dan keluarga Iera yang mengharapkan Iera jadi doktor( ya la kan, sebab Iera sendiri yang dah pilih bidang ni).  Menjadi orang pertama dalam keluarga yang berani ambil bidang medic. Heee...
Iera janji, Iera akan cuba sebaik mungkin untuk buktikan pada semua yang Iera boleh dan layak menjadi doktor yang penuh dengan kelembutan bila berdepan dengan pesakit Iera. Iera akan ubah persepsi semua orang yang perempuan yang kasar pon boleh jadi doktor yang superb! Doakan Iera yea..^.^

P/S : Iera harap Iera dapat lulus semua posting Iera dalam clinical year ni tanpa perlu mengulang mana2 posting. Iera jugak harap Iera kuat dan sentiasa bersemangat menghadapi hari2 yang mendatang as a clinical student. Pray for me~~~~





Bismillah...

This is my first time writing a blog.. still new and also a beginner..
Before this pernah teringin nak buat blog since my friends always talking about their own blog depan me.. and now, i think its the right time.. maybe this place gonna be my diary.. but not everything i will be writing here.. kan perlu ada rahsia untuk diri sendiri dalam hidup ini.. ^.^

For my first entry,, hurm.. nak tulis pasal apa yea???   ~~~nak fikir kejap~~~


OK,,, since i am a girl, rasa macam nak cerita pasal keistimewaan wanita untuk my the very very first entry ni (x de la cerita sebenarnya, copy the pasta je lah yea.. *wink2*)

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang mengembirakan hati anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Alah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu
4. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
5. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
6. Aisyah r.a. berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW, "Siapakah yang lebih besar haknya tehadap wanita?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Tanya Aisyah kembali . Jawab RasulullahSAW "Ibunya".
7. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
8. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.
9. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
10. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

So, the girls out there, be proud of yourself.. sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana terpilih dilahirkan sebagai wanita.. kadang-kadang orang selalu bercakap yang perempuan ini tidak mampu buat apa yang lelaki mampu, tapi percayalah.. perempuan adalah makhluk ciptaan Allah yang mempunyai keistimewaan
sendiri~~~