Tuesday, June 24, 2014

After a while... ^.^

Bismillah,


Hello my blog yang dah bersawang tahap kumpul2 boleh jadi sebesar bola sepak dah ni.. sorry lah yea cik blog yang dibiarkan sepi tanpa dikunjung.. iera busy la lately ni.. banyak benda nak kena buat plus study pun masih tunggang langgang lagi..


Actually, tak de benda pun nak kongsi.. tapi since rasa ter-rajin lebih nak menaip ni, iera pun bukak la blog ni.. About my life now, yeah! macam biasa.. masih cuba menerima hakikat yang diri ini adalah seorang budak medic yang tahap kerajinannya berada di tahap yang paling bawah.. bila nak berubah jadi lebih rajin tu tak tahu la bila hendaknya..


Sekarang iera tengah mengerah segala tenaga yang ada untuk habiskan posting terakhir iera untuk tahun ketiga ni.. orang cakap posting ni yang paling tough selain daripada posting medicine.. and dengar cerita posting ni la yang paling banyak orang FAIL!!!! aigooooo... -.-'' posting yang doctornya semua hebat and sangat awesome which is Surgery.. rasa macam nak pitam je setiap kali bila doctor tanya pasal anatomy, pathology, pharmacology and microbiology.. dalam banyak-banyak posting, posting ni la yang iera dengan kawan2 nak kena godek2 balik memories kami pasal benda yang kami dah belajar masa year 1 and year 2..


By the way, alhamdulillah iera pass 2 posting sebelum ni (pediatric and medicine).. syukur sangat kat Allah..


Love story? NOOOOOOOooooooo.... for the time being.. masih dihantui kenangan lama lagi dan masih mencuba untuk melupakan insan yang telah abadi di sana... masih mencari kekuatan untuk mencari insan lain yang diriku layak untuknya... tapi, kadang2 ada jugak la gedik2 usha sana sini.. tapi sekadar mencuci mata yang dah lama tak bercuci ni.. heeeee...


Tu je la yang iera nak merepek setakat ni.. jumpa lagi nanti cik blog.. <3

Friday, April 4, 2014

Hilangnya tempat bergantung...

Apa akan kita rasa kalau tiba-tiba, orang yang kita sentiasa jadikan sandaran untuk meneruskan hidup pergi bertemu Illahi lebih awal daripada kita..

Siapa sangka, dalam kita bergelak sakan dengan teman-teman pada siang hari, kita dikejutkan dengan berita kehilangan insan yang tersayang pada malam hari... Siapa sangka, apabila kita gembira bercakap telefon dengan orang tersebut pada siang hari, tiba-tiba pada malamnya kita kehilangan orang itu...


"Mati itu pasti.. Allah lebih sayangkan dia... kita yang masih hidup ini perlulah meneruskan hidup"
Ya, memang perkara itu mudah unutk diungkapkan.. bahkan cukup mudah bagi mereka yang tidak pernah kehilangan insan yang tersayang..


Tapi, bagi insan yang menghadapi kehilangan itu sendiri.. Bagaimana? Cukup kuatkah untuk menerima kenyataan..? Cukup kuatkah untuk tidak menitiskan air mata kesedihan..? Cukup kuatkah untuk menjadi setabah itu..?


Bukan mudah kehilangan insan yang sentiasa ada bersama semasa kita susah dan senang.. Tak senang kehilangan insan yang telah bertungkus lumus berkorban untuk diri kita.. Payah juga kehilangan insan yang sentiasa sudi meminjamkan bahunya pada kita saat kita jatuh dan rebah...


Buat rakanku sayang, inalillah.. perginya ayahmu menghadap illahi sudah.. pergi yang tiada kembalinya.. kuatlah sahabatku.. tabahlah sayangku.. sedekahkanlah al-fatihah buat ayahmu setiap kali dikau teringat padanya.. Al-FATIHAH...



Wednesday, February 12, 2014

Hard work and sincerity ~~~

Bukan mudah nak habiskan tiga tahun ini, bukan mudah nak tahan perit dan sakit perjalanan ini, bukan mudah nak tetap teguh walaupun dimarah kiri kanan...


Hari ini adalah hari yang paling menguji diri aku sepanjang 18 minggu aku praktikal.. Kerja keras dan keikhlasan aku menuntut ilmu dalam bidang ini benar-benar diuji.. Sampaikan aku terfikir untuk angkat bendera putih.. Tapi aku tahu, itu tak mungkin akan berlaku..


Aku terfikir... Adakah aku layak untuk bidang ini? Adakah aku cukup bekerja keras seperti orang lain? Adakah aku cukup ikhlas dalam proses pembelajaran aku ini? 


Betul apa yang orang cakap sebelum ini, keikhlasan sangat la penting kalau nak jadi doktor sebab perjalan yang kita pilih ini bukan mudah.. Penat, letih, , malas.. Semua hasutan negative akan wujud dalam diri bila tak ada keikhlasan dalam hati ini..
 
Tapi aku tahu, aku perlu kuat untuk menghabiskannya.. dan aku yakin aku mampu lakukannya! 

Saturday, January 4, 2014

Hello 2014!

Assalamualaikum,


Happy new year!!! (still rasa nak wish walaupun dah terlambat 4 hari.. hahaha)
Tahun 2013 dah melabuhkan tirai.. sekarang its time to make new memories for 2014..


Banyak kenangan yang tak boleh nak dilupakan sepanjang tahun 2013.. Tahun dimana aku berjaya habiskan tahun kedua dalam bidang kedoktoran, aku mulakan hidup baru as a practical student di HTAR, aku berjaya hasibkan paediatric posting dekat hospital (walaupun still tak tahu aku pass ke fail ke..), orang yang aku pernah sayang telah kembali kerahmatullah dan banyak lagi la kalau aku nak list satu2..


Untuk tahun 2014 ni, aku tak ada specific azam.. Macam sesetengah orang berazam nak kahwin la, nak bertunang la, nak cari pakwe baru la.. Cuma, apa yang aku harapkan ialah, tahun 2014 ni menjadi tahun yang lebih baik untuk aku berbanding tahun-tahun yang sebelum ini.. Aku mengharapkan aku boleh berubah menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik... In sya Allah


Okey, aku dah tak tahu nak tulis apa sebenarnya,, just nak tunjuk sikit la gambar2 kenangan aku sepanjang tahun 2013.. orang lain dok bubuh flipgram dalam instagram..tapi aku segan nak buat, so aku letak gambo2 kat sini je la yea..^_^




End of year 2, baru habis exam.. Muka lega + happy gila! 



Yang ni masa dekat perkampungan orang asli, Kg. Tohor.. Ada buat aktiviti melawat sambil bagi bantuan kesihatan sikit.. Kami tolong ajar budak2 cara jaga kebersihan dan buat pemeriksaan kesihatan untuk orang dewasa.. This is the first time aku interact dengan orang luar pasal bidang medicine ni.. Sebelum pergi sana, kami singgah kat satu tempat ni, on the way nak masuk ke kawasan perkampungan tu..Sempat la buat aktiviti jungle trekking and main jeram sungai.. BEST sangat!!!



Pictures during raya puasa.. Happy moments with le familia... 



Salak denai meninggalkan seribu satu kenangan dan ukhwah yang baru dibina.. walaupun pergi sana dengan orang yang baru first time jumpa plus lebih tua daripada aku, tapi aku still enjoy... ^_^



Ynag ni pulak, aku join aktiviti masa office mak cik aku buat open day.. A memorable day for me...



This time is the best moment in my life.. Iftar with kengkawan daripada sekolah menengah aku dulu.. Jumpa dan sembang sampai penat... Ramai pulak tu yang join.. Happy sangat..!




Mandi sungai di Sungai Tekala setelah penat menawan Bukit Broga.. Dengan coursemate...



Ni sesaja nak letak gamba aunty ni.. She is one of my friends.. Aku tak de la sentiasa melekat dengan makcik ni... Tapi aku sayang dia sangat-sangat.. Kawan yang sentiasa ada saat aku susah dan senang.. Semoga persahabatan ini akan kekal selamanya my pwennnn... hahaha


Banyak lagi kenangan yang terpahat dalam ingatan.. tapi rasa memang tak mampu nak di tulis kat sini.. sequence ingatan pun tak berapa nak ingat, tu yang main letak je gamba tak ikut urutan... Apapun, aku bersyukur kerana dikurniakan kehidupan yang menggembirakan disamping keluarga dan rakan-rakan terchentaaaaa.... >.<