Sunday, December 15, 2013

Al-fatihah buat si dia..

Assalamualaikum,,


Setiap yang datang, pasti akan pergi.. Setiap yang hidup pasti akan mati...


Inalillah,, hari ini, 16 Disember 2013.. Seseorang yang sangat penting dalam hidupku telah kembali ke rahmatullah.. Macam yang pernah aku ceritakan sebelum ini, insan ini  dilanggar lari masa tengah menunggang motosikal.. Aku tak mahu menangis.. Aku tak mahu bersedih,, Tapi aku betul2 tak mampu..


Walaupun hubungan kami hanya di anggap sebagai 'cinta monyet' zaman persekolahan yang putus di tengah jalan, tapi aku sayang dia.. Dia ada tempat yang tersendiri di hati ini..


Banyak sangat kenangan yang aku kongsi dengan dia sewaktu zaman 'cinta monyet' kami.. Walaupun tak sama dengan kisah loving2 orang lain.. Tapi aku happy sangat masa tu.. Aku rasa masa itu lah yang paling aku happy sepanjang berada di sekolah.. Dia sentiasa beri aku semangat untuk terus menuntut ilmu dan buktikan yang aku masih mampu mendapat keputusan yang cemerlang walaupun sedang ber'cinta monyet'... Terima kasih A****


UNTUK A**** :

"A****, terima kasih sangat sebab awak pernah muncul dalam hidup saya.. Terima kasih sangat sebab tinggalkan kenangan yang cukup manis kepada saya.. Terima kasih sangat sebab sentiasa buat saya senyum dan sentiasa bersemangat nak ke sekolah.. Semoga roh awak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan semoga roh awak dicucuri rahmat-Nya.. A****, saya sayang awak dan saya akan terus sayang awak.. Awak lah kawan yang akan saya ingat sampai bila2 walaupun awak dah tinggalkan bumi ini.. Terima kasih sekali lagi untuk segala kenangan kita"


Sunday, December 8, 2013

Pray for him..

Assalamualaikum..

He was someone that i knew since i was in secondary school.. Someone that was so important to me.. Someone that always made me smile.. Someone that can also make me cry in the same time.. Someone that made my secondary school's memory so meaningful.. Someone that i liked before.. Someone that i used to be together before..


But know, i am  a friend of him.. Masih dan in sya allah akan jadi kawan dia sampai bila-bila.. Walaupun kami dah tak berhubung, tapi aku masih anggap dia macam kawan aku.. Walaupun sudah ada insan lain yang menemaninya di sisi, aku masih  sayangkan dia macam aku sayang rakan-rakan aku yang lain...

All of a sudden, aku dengar cerita dia ada dalam ICU sebab accident malam semalam.. And he is in a very critical condition.. He is in coma state.. Ada bleeding dekat kepala dia dan mungkin merosakkan neuron dia.. Dia kena langgar lari masa tengah naik motor and the one who knocked him down was driving a car.. Plus the worst part is,  parent dia still cannot reach the hospital yet since the flight ticket was fully booked..

Aku tak mampu nak cakap apa-apa.. Aku mengharapkan dia dapat pulih daripada fasa kritikal dan cepat recover.. Aku tak mampu nak pergi sana untuk melawat dia.. Apa yang aku mampu buat hanya lah berdoa dan minta Allah kurangkan beban dugaan dia..


"Ya Allah, aku mohon padamu ya Allah.. Kau permudahkan lah urusan dia.. Kau sembuhkan lah dia.. Kau ringankan la beban yang di tanggung olehnya.. Kau kuatkan lah dia.. Jika dengan mengambil nyawanya akan mengurangkan beban kesakitannya, kau ambil lah nyawanya dengan mudah.. Jangan lah kau panjangkan tempoh kesakitan dia.. Tapi andai kata dia masih boleh untuk menetap di atas muka bumi ini, kau sembuhkanlah dia.. Kau berikanlah jalan dan kekuatan untuk ahli keluarganya dalam menghadapi dugaan ini.. Bantulah mereka ya Allah, ya Rahman ya Rahim..."

A****, cepat sembuh yea.. aku doakan kau cepat sembuh...

Sincerely,
Your friend...