Apa akan kita rasa kalau tiba-tiba, orang yang kita sentiasa jadikan sandaran untuk meneruskan hidup pergi bertemu Illahi lebih awal daripada kita..
Siapa sangka, dalam kita bergelak sakan dengan teman-teman pada siang hari, kita dikejutkan dengan berita kehilangan insan yang tersayang pada malam hari... Siapa sangka, apabila kita gembira bercakap telefon dengan orang tersebut pada siang hari, tiba-tiba pada malamnya kita kehilangan orang itu...
"Mati itu pasti.. Allah lebih sayangkan dia... kita yang masih hidup ini perlulah meneruskan hidup"
Ya, memang perkara itu mudah unutk diungkapkan.. bahkan cukup mudah bagi mereka yang tidak pernah kehilangan insan yang tersayang..
Tapi, bagi insan yang menghadapi kehilangan itu sendiri.. Bagaimana? Cukup kuatkah untuk menerima kenyataan..? Cukup kuatkah untuk tidak menitiskan air mata kesedihan..? Cukup kuatkah untuk menjadi setabah itu..?
Bukan mudah kehilangan insan yang sentiasa ada bersama semasa kita susah dan senang.. Tak senang kehilangan insan yang telah bertungkus lumus berkorban untuk diri kita.. Payah juga kehilangan insan yang sentiasa sudi meminjamkan bahunya pada kita saat kita jatuh dan rebah...
Buat rakanku sayang, inalillah.. perginya ayahmu menghadap illahi sudah.. pergi yang tiada kembalinya.. kuatlah sahabatku.. tabahlah sayangku.. sedekahkanlah al-fatihah buat ayahmu setiap kali dikau teringat padanya.. Al-FATIHAH...