Assalamualaikum..
Olla, Hello, Annyonghaseyo..
Dah dekat tiga minggu Iera jejakkan kaki dekat HTAR or nama panjangnya Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.. Macam yang Iera penah ceritakan sebelum ini.. Iera dah start praktikal dalam bidang kedoktoran.. For this first 11 weeks Iera ditempatkan dalam ward kanak2 (paediatrics ward) di HTAR..
Hari pertama Iera kat sana, cuak tu tak payah nak cakap la kan.. menggelabah je rasanya.. Tidur pun tak lena malam sebelumnya.. Pagi2 buta lagi Iera dengan kawan2 Iera dah bertolak dari rumah sebabnya kami ni tinggal dekat Shah Alam.. nak kena drive sampai la ke Klang.. takut jam nanti...mana tahu,, Ye la, ni kan baru first time nak pergi Klang awal2 pagi.. sebelum ni Iera pergi Klang sebab nak shopping je pun..mana pernah pergi awal2 pagi.. Tapi, alhamdulillah.. tak jam langsung!! Kami melawan arus, orang yang nak gerak ke Klang dari Shah alam ni tak ramai sangat pepagi.. sebelah yang nak datang ke Shah alam yang jam..
Sampai je dekat HTAR ada briefing dengan DR. Neela... salah seorang lecturer Iera dekat university.. dia cerita la serba sedikit pasal apa yang nak kena buat masa dalam ward.. mostly for this year (Year 3) Iera haya perlu fokus untuk untuk history taking(H/O) dan physical examination(PE) je.. pasal management and investigation still la kena tahu sikit2.. tapi time exam, markah akan melambung-lambung dekat H/O dan PE.. basically, doctor cakap, kami perlu belajar semuanya sendiri... lecturers hanya akan bagi guidelines je.. NO MORE SPOON FEED AND BREAST FEED.. so, sila rajinkan diri anda yang tersedia malas tu cik Iera yea!!!
Bila dah mula masuk clinical year ni, selain kena banyak belajar sendiri, masa untuk belajar dalam kelas pun dah sangat lah kurang.. boleh dikatakan dalam seminggu hanya ada dua lecture sahaja.. yang lain ward work, Bed side teaching (BST) , seminar, case presentation and tutorial.. so, kami ni kena la banyak buat ward work.. Masa ward work ni, kena berinteraksi dengan patients or more specifically the parents untuk ambil history.. WHY? because history taking need to be obtain from the parents not the child itself kalau untuk paediatrics ward la.. plus, PE pun banyak benda jugak yang tak payah nak perform..sebab budak2 kan kecik lagi.. nnt dia orang ta selesa lepas tu nangis pulak.. kan susah den nak jawab nanti dengan parents dia orang..
Berbalik pada cerita minggu pertama dekat sana, minggu itulah yang paling hectic kalau nak compare berbanding sekarang.. kiranya sekarang ni dah boleh la ikut flow sikit2..Alhamdulillah... Masa minggu pertama Iera nak kena belajar adapt dengan benda baru.. kena cuba adapt dengan suasana ward.. kena cuba adapt dengan macam2 lagi lah masa tu.. kalau tak kuat diri ini, rasa macam nak lenyapkan diri je.. Tapi again alhamdulillah I've safely and successfully lalui waktu hectic itu...
Tapi, boleh pulak nak dijadikan cerita, kumpulan Iera kena buat seminar on that week jugak..(Iera sendiri yang cabut undi masa tu.. kekekeke)... Masa tu memang rasa nak mental break down je.. Tapi nasib baik lah Iera dikurniakan ahli kumpulan yang superb!!!! Dia orang semua gila2 tapi masih mampu bekerja dengan serius! (Farah, Diana syaheera, Rubini, Mito, Adnan, Ijat, Alyaa ngn Tk).. sekali lagi Alhamdulillah... Terima kasih Allah.. Begitu banyak bantuan yang Engkau berikan padaku saat aku sangat memerlukan kekuatan darimu...
This is my group mates.. and I'm so grateful to have them in my life..
Sekarang ni, diam tak diam, Iera dah nak masuk minggu ke-4 dah.. cuak + takut sebab exam dah makin dekat.. harap-harap apa yang Iera dah belajar selama ni dapat diguna pakai sebaiknya untuk exam nanti dan yang paling penting untuk kehidupan Iera selepas ini.. Semoga Allah akan mempermudahkan segala urusan Iera dan kawan-kawan Iera dalam meneruskan perjuangan jihad fisabilillah ini..
Sekian... ^_^

No comments:
Post a Comment