Sunday, December 15, 2013

Al-fatihah buat si dia..

Assalamualaikum,,


Setiap yang datang, pasti akan pergi.. Setiap yang hidup pasti akan mati...


Inalillah,, hari ini, 16 Disember 2013.. Seseorang yang sangat penting dalam hidupku telah kembali ke rahmatullah.. Macam yang pernah aku ceritakan sebelum ini, insan ini  dilanggar lari masa tengah menunggang motosikal.. Aku tak mahu menangis.. Aku tak mahu bersedih,, Tapi aku betul2 tak mampu..


Walaupun hubungan kami hanya di anggap sebagai 'cinta monyet' zaman persekolahan yang putus di tengah jalan, tapi aku sayang dia.. Dia ada tempat yang tersendiri di hati ini..


Banyak sangat kenangan yang aku kongsi dengan dia sewaktu zaman 'cinta monyet' kami.. Walaupun tak sama dengan kisah loving2 orang lain.. Tapi aku happy sangat masa tu.. Aku rasa masa itu lah yang paling aku happy sepanjang berada di sekolah.. Dia sentiasa beri aku semangat untuk terus menuntut ilmu dan buktikan yang aku masih mampu mendapat keputusan yang cemerlang walaupun sedang ber'cinta monyet'... Terima kasih A****


UNTUK A**** :

"A****, terima kasih sangat sebab awak pernah muncul dalam hidup saya.. Terima kasih sangat sebab tinggalkan kenangan yang cukup manis kepada saya.. Terima kasih sangat sebab sentiasa buat saya senyum dan sentiasa bersemangat nak ke sekolah.. Semoga roh awak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan semoga roh awak dicucuri rahmat-Nya.. A****, saya sayang awak dan saya akan terus sayang awak.. Awak lah kawan yang akan saya ingat sampai bila2 walaupun awak dah tinggalkan bumi ini.. Terima kasih sekali lagi untuk segala kenangan kita"


No comments:

Post a Comment