Happy new year!!! (still rasa nak wish walaupun dah terlambat 4 hari.. hahaha)
Tahun 2013 dah melabuhkan tirai.. sekarang its time to make new memories for 2014..
Banyak kenangan yang tak boleh nak dilupakan sepanjang tahun 2013.. Tahun dimana aku berjaya habiskan tahun kedua dalam bidang kedoktoran, aku mulakan hidup baru as a practical student di HTAR, aku berjaya hasibkan paediatric posting dekat hospital (walaupun still tak tahu aku pass ke fail ke..), orang yang aku pernah sayang telah kembali kerahmatullah dan banyak lagi la kalau aku nak list satu2..
Untuk tahun 2014 ni, aku tak ada specific azam.. Macam sesetengah orang berazam nak kahwin la, nak bertunang la, nak cari pakwe baru la.. Cuma, apa yang aku harapkan ialah, tahun 2014 ni menjadi tahun yang lebih baik untuk aku berbanding tahun-tahun yang sebelum ini.. Aku mengharapkan aku boleh berubah menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik... In sya Allah
Okey, aku dah tak tahu nak tulis apa sebenarnya,, just nak tunjuk sikit la gambar2 kenangan aku sepanjang tahun 2013.. orang lain dok bubuh flipgram dalam instagram..tapi aku segan nak buat, so aku letak gambo2 kat sini je la yea..^_^
End of year 2, baru habis exam.. Muka lega + happy gila!
Yang ni masa dekat perkampungan orang asli, Kg. Tohor.. Ada buat aktiviti melawat sambil bagi bantuan kesihatan sikit.. Kami tolong ajar budak2 cara jaga kebersihan dan buat pemeriksaan kesihatan untuk orang dewasa.. This is the first time aku interact dengan orang luar pasal bidang medicine ni.. Sebelum pergi sana, kami singgah kat satu tempat ni, on the way nak masuk ke kawasan perkampungan tu..Sempat la buat aktiviti jungle trekking and main jeram sungai.. BEST sangat!!!
Pictures during raya puasa.. Happy moments with le familia...
Salak denai meninggalkan seribu satu kenangan dan ukhwah yang baru dibina.. walaupun pergi sana dengan orang yang baru first time jumpa plus lebih tua daripada aku, tapi aku still enjoy... ^_^
Ynag ni pulak, aku join aktiviti masa office mak cik aku buat open day.. A memorable day for me...
This time is the best moment in my life.. Iftar with kengkawan daripada sekolah menengah aku dulu.. Jumpa dan sembang sampai penat... Ramai pulak tu yang join.. Happy sangat..!
Mandi sungai di Sungai Tekala setelah penat menawan Bukit Broga.. Dengan coursemate...
Ni sesaja nak letak gamba aunty ni.. She is one of my friends.. Aku tak de la sentiasa melekat dengan makcik ni... Tapi aku sayang dia sangat-sangat.. Kawan yang sentiasa ada saat aku susah dan senang.. Semoga persahabatan ini akan kekal selamanya my pwennnn... hahaha
Banyak lagi kenangan yang terpahat dalam ingatan.. tapi rasa memang tak mampu nak di tulis kat sini.. sequence ingatan pun tak berapa nak ingat, tu yang main letak je gamba tak ikut urutan... Apapun, aku bersyukur kerana dikurniakan kehidupan yang menggembirakan disamping keluarga dan rakan-rakan terchentaaaaa.... >.<








No comments:
Post a Comment