Bismillah...
This is my first time writing a blog.. still new and also a beginner..
Before this pernah teringin nak buat blog since my friends always talking about their own blog depan me.. and now, i think its the right time.. maybe this place gonna be my diary.. but not everything i will be writing here.. kan perlu ada rahsia untuk diri sendiri dalam hidup ini.. ^.^
For my first entry,, hurm.. nak tulis pasal apa yea??? ~~~nak fikir kejap~~~
OK,,, since i am a girl, rasa macam nak cerita pasal keistimewaan wanita untuk my the very very first entry ni (x de la cerita sebenarnya, copy the pasta je lah yea.. *wink2*)
1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang mengembirakan hati anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Alah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu
4. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
5. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
6. Aisyah r.a. berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW, "Siapakah yang lebih besar haknya tehadap wanita?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Tanya Aisyah kembali . Jawab RasulullahSAW "Ibunya".
7. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
8. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.
9. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
10. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
So, the girls out there, be proud of yourself.. sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana terpilih dilahirkan sebagai wanita.. kadang-kadang orang selalu bercakap yang perempuan ini tidak mampu buat apa yang lelaki mampu, tapi percayalah.. perempuan adalah makhluk ciptaan Allah yang mempunyai keistimewaan
sendiri~~~

No comments:
Post a Comment