Saturday, September 28, 2013

Perempuan VS Kereta

Girls talking about cars???? Hurm, maybe hanya akan berlaku pada 1/10 orang gurls sahaja.. Perempuan ini kan lebih bersemangat kalau nak cakap pasal shopping, pasal holiday, dan jugak pasal gosips.. Kalau nak cakap pasal kereta, memang tak lah kan..


Kalau tayar pancit? .. dah mula nak garu kepala.. start la telefon sana sini minta tolong.. Kalau kereta rosak? Lagi la malas nak fikir kan.. Lagi banyak benda nak kena fikir selain daripada nak fikir punca kereta tu rosak.. yang jadi mangsa nak kena tolong? opkos la makhluk ciptaan Allah yang dikurniakan kekuatan dan kelebihan maskular-maskular di badan yakni encik lelaki...


Tapi kan, bagi Iera la kan.. kita yg gegirl ni kena la tahu serba sikit pasal hal kereta ni.. buatnya kalau kereta kita rosak tengah jalan dan pada masa tu hanya kita je yang ada.. hah???!!! camne tu?? Memang orang cakap boleh je tahan kereta lain dan minta tolong..Memang betul!! Tapikan, itu pun kalau yang sudi tolong tu punyai hati yang semulia-mulianya.. Buatnya kita tersalah tahan dan tertahan kereta yang mengandungi manusia yang bertopengkan syaitonnirrojim...Kita ni dah la perempuan (fikir la sendiri apa yg akan jadi..Iera tak sanggup nak cakap lebih2).. acane tu??? Bukan Iera nak buruk sangka, tapi kita ni kena la berhati-hati.. Betul tak???


At least, Iera syorkan all the gurls ni tahu cara nak tukar tayar kereta kalau tetiba tayar pancit.. Bukan susah mana pun.. Iera ni tak de la nak dikatakan pandai sangat.. Iera pun baru setahun jagung bawa kereta.. Tapi ayah Iera tekankan sangat bab ni.. Dia yang ajar Iera.. Dia takut sangat kalau Iera terminta tolong pada orang yang salah andai kata kereta Iera pancit tengah jalan.. Dia kata, kalau boleh buat la sendiri.. lagi selamat..


Lagi satu benda yang Iera belajar.. Apa tindakan yang perlu buat kalau temperature kereta naik..?  Benda ini akan jadi especially kalau musim panas + jam.. Masa tu kalau kita biar je dan tak buat apa2, kereta akan overheat yang akan menyebabkan kereta berhenti tengah-tengah jalan.. Kawan Iera penah kena.. Dia cakap kereta dia overheat sampai gasket bengkok or pecah gitu..Dekat 4-5 hari jugak la kereta dia bermalam dalam bengkel.. Jadi apa yang kita kena buat sebenarnya?? Kalau nampak tempereture naik, just bagi signal ketepi, matikan enjin.. dan biar kereta sejuk.. In sya allah.. lepas tu ok la kereta tu.. Tapi, yang paling penting sekali.. jangan lupa nak monitor temperature kereta sentiasa yea.. untuk mengelakkan kereta overheat~~


Bab-bab yang lain2 tu.. Iera pon masih tengah belajar.. orang cakap slow2 la kan.. mana boleh belajar semua sekali dalam satu masa.. Semua ira belajar daripada ayah Iera sendiri.. Iera tanya la pasal kemungkinan yang boleh berlaku bila bawak kereta... Ini  semua adalah sebagai langkah berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling kita semakin bahaya dari masa ke semasa.. So, kita kenalah sediakan payung sebelum hujan...^_^


No comments:

Post a Comment