Assalamualaikum..
Hari ini Iera sibuk kemas barang..Habis bersepah tahap tongkang pecah dah bilik Iera ni..silap2 tongkang pecah lagi kemas daripada bilik ni.. kalau nak nampak katil pon susah! Apa lah yang nak jadi dengan anak dara sorang ni.. -.-'''
Esok Iera dah nak pulang ke shah alam untuk meneruskan perjuangan Iera sebagai seorang penuntut.. Iera balik awal sikit daripada tarikh yang ditetapkan.. kelas Iera sepatutnya mula minggu depan, tapi banyak lagi barang yang Iera nak kena beli.. so, Iera ambil keputusan nak balik awal since my friend pon dah setuju nak pegi kamal bookstore, KL sama-sama jumaat ni..
Minggu depan Iera akan memulakan new phase dalam hidup Iera yang mana I will become a 3rd year medical student (clinical dah kau!! scary je bunyi).. Dah dekat sebulan Iera dok berehat and beronggeng kat rumah ni.. dah naik berkarat kepala Iera ni.. nak pegang buku masa kat rumah+cuti tu memang tak la kan.. selama ni, Iera selalu je bersemangat nak bawa balik buku dengan azam nak baca bila cuti start.. tapi, hampeh!!! tak sentuh langsung.. buku tu elok je bersidai kat atas meja..heee
Hari isnin depan mula lah orientasi kt hospital.. NERVOUS weyh!!! sampaikan Iera termimpi-mimpi pasal clinical year ni..( dalam mimpi, semua senior cakap susah! Oh, god!!! help me!!) Tapi Iera masih tak tahu Iera akan ditempatkan kat hospital mana.. selalunya kalau universiti Iera, student clinical ditempatkan di hospital Sg. Buloh dan Klang.. tahun ni tak sure sebab classmate Iera lebih ramai tahun ni berbanding senior2..maybe tahun ni lagi banyak hospital yang kita orang akan dihantar..
Sekarang nervous tak habis lagi.. Iera cuak+takut.. Takut Iera gagal jalankan tanggungjwab Iera dengan baik.. Selama dua tahun ni Iera belajar teori je.. kalau praktical pon buat dekat benda yang tak hidup.. lepas ni nak kena buat dekat benda yang betul2 hidup yakni M.A.N.U.S.I.A yang bernyawa.. silap je, boleh menyebabkan keadaan jadi makin serius atau kematian.. takut woo~~~ kadang-kadang Iera terfikir jugak.. macam mana la orang lain berjaya lalui semua ni sebelum jadi doktor..
Tapikan, takut atau nervous Iera yang tahap infinity ni, Iera masih kena terima yang Iera perlu dan mesti lalui semua perkara ni.. Iera sendiri yang dah pilih jalan untuk jadi seorang doktor.. Jadi, untuk menjadi seorang manusia yang berguna pada bangsa, agama dan negara, Iera kena yakin pada diri, yang Iera mampu lakukan!!! (Hal su isso!!*korean*)
No comments:
Post a Comment