This is why i called it tintasigadiskeliru...
Ya, Iera tengah keliru sekarang ni~~~ Tapi kenapa?
My ambition? To become a great and awesome doctor (an orthopedist).. A future muslimah doctor..Itu memang impian Iera sejak kecil. Nak tolong orang yang dalam kesusahan, bantu insan yang hadapi kesakitan, menggembirakan hati orang yang kesedihan.. Dari kecik sampai sekarang, impian nak jadi doctor tu tak pernah padam walaupun yang nak di specialist kan selalu berubah-ubah.. psychiatry, orthopedic, O&G, ENT.. banyak lagi la.. tapi masih tetap teguh dalam bidang kedoktoran..
Tapi kenapa Iera cakap Iera keliru? Sebabnya?
Iera dilahirkan sebagai seorang perempuan yang kasar.. perempuan yang tak pandai nak duduk bersimpuh lama-lama, perempuan yang kalau bercakap sentiasa menggunakan oktaf yang tinggi, perempuan yang mempunyai perangai yang pelik dan tak tahu malu (bukan tak malu sebab dedah aurat sana sini yea, cuma dilabel sebagai perempuan yang punyai perangai super duper gila), perempuan yang tak pandai nak berlembut-lembut dan perempaun yang suka bertukang. But i'm still a GIRL ok!
Orang yang berada di sekitar Iera selalu cakap yang Iera ni lebih layak ambil bidang engineering (including my parent).. Sebab? Iera KASAR macam lelaki. Dia orang tak pernah sangka yang Iera akan ambil bidang kedoktoran. Doktor kan kena lembut dan sopan je..Tapi Iera bukan orang yang macam tu.. Dia orang nampak yang Iera lebih ke arah engineering. Sebabnya? Kalau bab nak main dengan hammer, screwdriver, spanner just give it to me.. Iera mengaku, Iera memang minat benda tu jugak.. Tapi, Iera cuma suka bertukang masa free je.. Just tolong ayah sikit2 boleh la.. Iera bukan pandai sangat bab2 ni pon.
Masa waktu nak ambil scholarship dulu pon, Iera keliru either to choose to become a doctor or an engineer.. Masa tu rasa macam nak go for engineer, tapi tangan dan hati lebih kepada nak menjadi doktor.. Adakah Iera dah tersalah pilih? Even masa kat sekolah menengah dulu pon, subjek chemistry and fizik Iera selalu dapat markah rendah berbanding biologi.. Mungkin ini juga salah satu sebab why i choose to be a doctor..
Iera takut Iera dah tersalah pilih. Dan sekarang, Iera tak punyai peluang untuk berpatah balik. Iera bukan orang senang yang dengan mudah boleh drop my study and go for another field. Iera jugak tak mampu nak bayar balik pinjaman MARA yang Iera dah gunakan. Iera sekarang dah tahun kedua bidang kedoktoran. Banyak duit yang Iera dah pakai since Iera ditempatkan di IPTS. Lagipun, kalau nak belajar bidang baru, still kena pakai duit kan. Mana Iera nak cari duit? Iera sangat2 tak mampu. T.T
Sebelum ni, Iera ada rujuk seorang pakar motivasi yang juga merupakan wife kepada dean fakulti Iera. Dia jugak seorang doktor pakar. Iera cerita masalah Iera kat dia. Dan dia suruh Iera teruskan perjuangan Iera ini. Dia cakap yang Iera dah sampai tahap ini, takkan nak berpatah balik? Iera dah tahun kedua bidang kedoktoran and Alhamdulillah Iera lulus semua ujian Iera masa tahun 1 dan tahun 2 and sekarang Iera bakal jejak sem clinical dalam tempoh dua minggu lagi. Dia cakap yang Iera dah lepas beberapa tahap, dan perlu menghadapi yang selebihnya lagi. Sikit je lagi katanya. Masa tu dia yang naikkan balik semangat Iera untuk teruskan perjuangan Iera.
Tapi sekarang ni, i become confused again, sebabnya ada seorang kawan makcik Iera ni yang Iera jumpa kat open day office makcik Iera, dia cakap "I want her to be my engineer" masa nampak Iera main game kat sana. Dia cakap Iera agresif and dia suka! Aigooo~~ Even orang yang Iera tak kenal dan baru jumpa first time pon dah nak Iera kerja dengan dia.. sebagai engineer pulak tu.. -.-""
Tapi, yang pasti Iera memang tak mampu nak berpatah balik dan Iera tak nak menghancurkan impian ibubapa dan keluarga Iera yang mengharapkan Iera jadi doktor( ya la kan, sebab Iera sendiri yang dah pilih bidang ni). Menjadi orang pertama dalam keluarga yang berani ambil bidang medic. Heee...
Iera janji, Iera akan cuba sebaik mungkin untuk buktikan pada semua yang Iera boleh dan layak menjadi doktor yang penuh dengan kelembutan bila berdepan dengan pesakit Iera. Iera akan ubah persepsi semua orang yang perempuan yang kasar pon boleh jadi doktor yang superb! Doakan Iera yea..^.^
P/S : Iera harap Iera dapat lulus semua posting Iera dalam clinical year ni tanpa perlu mengulang mana2 posting. Iera jugak harap Iera kuat dan sentiasa bersemangat menghadapi hari2 yang mendatang as a clinical student. Pray for me~~~~

No comments:
Post a Comment