Thursday, September 19, 2013

Salak Denai, Yan, Kedah

Assalamualaikum..

Hari ni Iera nak kongsi sikit pasal percutian Iera dekat Salak Denai, Yan, Kedah.. Sebelum ni Iera tak ada la rancang pun nak pergi mana-mana masa holiday ni.. tapi tiba-tiba makcik Iera ajak Iera teman dia perpicnic dengan kawan-kawan dia pulak.. so, Iera yang memang penganggur kehormat masa cuti ni dengan sebesar hati la cakap okeyh!!!

Macam mana nak pergi Salak Denai ni?? Kalau datang dari lebuhraya utara-selatan, ambil exit Gurun.. lebih dekat, cepat dan mudah sampai kalau berbanding jalan lain sebab boleh je kalau nak pergi sana dari exit Sg. Petani(U)..Tapi jalan dia sangat lah susah dan lebih lambat.. Bila dah masuk kawasan Yan, cari signboard yang menuju ke arah Batu Hampar.. exact lokasi Salak Denai ni ialah Jalan Peranginan Batu Hampar.. Tempat ni lebih kurang je macam jalan ke Titi Hayun.. Cuma, dekat satu simpang empat ni, Titi Hayun jalan terus, Salak Denai pulak belok kanan... Cuma nak bagi pesanan sikit ni, untuk sesiapa yang baru beli kereta atau jenis yang sayang kereta sangat-sangat tu, bersiaplah sedia lah mental anda yea.. kereta anda mungkin akan calar sini sana sebab jalan nak ke Salak Denai ni sempit dan berhutan..

Salak Denai ni sangat awesome sebab berkonsepkan kehijauan.. Kita akan rasa tenang dan damai je kat sana..kalau nak lari dari hiruk-pikuk kota dan nak relax-relax sikit tempat ni sangat sesuai lah! Bagi yang nature lover, you must go there!!! Yang paling best kat Salak Denai ni , setiap chalet disediakan kolam renang buatan yang menyalurkan air terus dari bukit..memang sejuk and non-chlorine..  Plus, privacy setiap chalet sangatlah terjamin.. so, kalau nak buat kuak lentang ke, kuak kupu-kupu ke, silakan tanpa rasa malu-malu dengan orang lain.. (psssttt..kalau honeymoon kat sini, mesti romantika habislah..hehehe)

Kat sana, kami diberi chalet yang bernama Siti Aminah.. Chalet tersebut dilengkapi dengan sebuah katil, sebuah TV, dua bilik mandi dan kolam renang yang ada gelongsor.. Part main gelongsor tu la yang best..mula2 semua takut nak naik..last2 tak nak berhenti pulak main gelongsor..dah macam kanak-kanak ribena pulak... memang heaven on earth la kan~~~ Termasuk Iera, 11 orang dewasa dan 1 orang kanak-kanak yang pergi.. chalet Siti Aminah ni memang dikira kondusif untuk kami.. Kami check in pukul 11.00AM sampailah pukul 6.00PM dengan harga RM60... Ada beberapa lagi chalet yang disediakan kat sana, dan harga setiap chalet bergantung kepada keluasan dan kemudahan yang disediakan dalam setiap chalet..


 Kalau nak pergi sana, kenalah booking terlebih dahulu sebab tempat tu selalu penuh especially masa musim cuti sekolah.. Kalau nak booking, bolehlah google je Salak Denai Chalet, nanti keluarlah info pasal tempat tu..

Secara keseluruhannya, percutian yang tak dirancang ini sangat lah superb.. walaupun Iera tak kenal dan tak pernah jumpa pun kawan-kawan makcik Iera sebelum ni, tapi Iera still boleh enjoy.. Salak Denai chalet ni memang sesuai untukjadi tempat rekreasi bagi keluarga mahupun sahabat handai,,, JOM RAMAI-RAMAI PERGI SALAK DENAI...^_^



          
                                                                               
                            SALAK DENAI CHALET...


Chalet yang Iera sewa, Siti Aminah...



chalet yang dilengkapi dengan tempat BBQ


                               kolam renang buatan..


gelongsor yang melengkapi kolam renang buatan..




seronok main air sampai rasa tak nak balik dah.. 




AWESOME holiday!!! semoga ukhwah yang terjalin sentiasa berkekalan...

No comments:

Post a Comment